Khamis, 16 Jun 2016

Gapai MARDHATILLAH

UJIAN TANDA KASIH SANG PENCIPTA TERHADAP HAMBA-HAMBANYA

Hadiah tak semestinya terbungkus indah dengan riben merah.

Kadangkala dibungkus dengan helaian sampah masalah.

Namun isinya padat dengan berjuta hikmah 

saudaraku sekalian,ingatlah ini...  

ALLAH tidak ciptakan kita untuk berada di atas muka bumi ini supaya kita sakit terseksa .Jangan pernah dirimu fikir begitu!Jangan pernah SU'UDZHON(bersangka buruk) terhadap ALLAH SWT 

Percaya ini,ALLAH uji kerana cinta yang mendalam

Apabila kita melepasi ujian itu dengan penuh kesabaran,in shaa ALLAH ,ALLAH SWT akan kurniakan kita dengan nikmat yang sangat indah yang tidak dapat dapat dibeli dengan wang ringgit tetapi hanya dapat dimiliki dengan IMAN yang teguh, ianya adalah SYURGA ALLAH SWT.

Dan ingat,setiap masalah yang ALLAH bagi itu sebenarnya ada 'hadiah yang tersembunyi' dan untuk kita tahu apa hadiah itu kita mesti selalu HUSNUDZHON(bersangka baik)terhadap ALLAH SWT.

Hikmah ALLAH sentiasa dinampak oleh mereka yang sering husnudzhon dengan penciptaNya.

Ayuh kita didik diri supaya sentiasa berbaik sangka dengan ALLAH AZZA WA JALLA.

#Moga ALLAH redha akan perbuatan kita.

#Moga ALLAH kurnia kita SYURGA.